



Bandar bersejarah Melaka akan menjadi Tuan rumah kepada Sukan Malaysia SUKMA yang ke 13 akan berlangsung pada 10 sehingga 19 Jun 2010.SUKMA XIII, Melaka 2010 memilih sang kancil sebagai maskot sukan tahunan bekenaan yang di namakan sebagai ”tuah” sempena nama pahlawan tersebut. Pemilihan nama ini juga memberi maksud negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah SUKMA XIII pada 2010.
Pasukan Negeri Sembilan kali ini telah mensasarkan 45 pingat emas. Tetapi daripada unjuran yang dibuat sendiri oleh persatuan dan pasukan, mereka mengunjurkan 56 pingat emas. Menteri Besar Negeri Sembilan , Dato' Seri Utama Mohamad Hj Hassan berkata , bahawa beliau mempunyai keyakinan bahawa Negeri Sembilan boleh mencapai 45 pingat emas . Daripada unjuran pasukan sebanyak 56 pingat emas, walaupun pasukan beliau yakin mencapai 56 pingat emas.
SETIA BERSAMA
Bersama setia pemimpin dan rakyat
Setia sekata menambahkan erat
Dijinjing yang ringan yang berat dipikul
Sejalan seiringan dengan rasa syukur
Jika ada kekusutan dicari penyelesaian
Demi hari muka Negeri Sembilan
Setia kepada raja, pemimpin serta negara
Berbakti dengan jujur
Negeri aman makmur
Ke gunung sama didaki
Ke lurah sama turuni
Biar ikhlas berusaha
Demi negeri tercinta
Bagai aur dengan tebing
Saling perlu memerlukan
Rakyat dan pemimpin
Tidak mungkin dipisahkan
Setia sekata menambahkan erat
Dijinjing yang ringan yang berat dipikul
Sejalan seiringan dengan rasa syukur
Jika ada kekusutan dicari penyelesaian
Demi hari muka Negeri Sembilan
Setia kepada raja, pemimpin serta negara
Berbakti dengan jujur
Negeri aman makmur
Ke gunung sama didaki
Ke lurah sama turuni
Biar ikhlas berusaha
Demi negeri tercinta
Bagai aur dengan tebing
Saling perlu memerlukan
Rakyat dan pemimpin
Tidak mungkin dipisahkan