


Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hj Hassan melafazkan kesyukuran kerana banyak perubahan yang telah dilihat dari segi kecekapan penjawat awam yang telah dibuat bersama. Dalam ucapan beliau di perhimpunan bulanan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan di Wisma Negeri , beliau menyatakan bahawa beliau telah nampak satu alunan ombak di setiap jabatan kerajaan sebagai satu gelombang yang besar untuk dijadikan satu lonjakan prestasi penjawat awam di Negeri Sembilan.
Tambah beliau lagi Ini perlu diteruskan dan diuruskan kejayaan ini dengan baik dan perlu berikan nafas supaya ianya akan terus menjadi gelombang lonjakan prestasi perkhidmatan awam di Negeri Sembilan. Beliau berharap supaya ini dapat kita jadikan sebagai satu budaya kerja yang baik di kalangan penjawat awam di Negeri Sembilan.
Katanya lagi , Masih ada lagi ruang untuk dipertingkatkan dan perbaiki perkhidmatan demi untuk kita memberikan kepuasan kepada orang ramai yang dahagakan perkhidmatan penjawat pentadbiran kerajaan . Dengan itu, selaras ataupun seiring dengan hari inovasi peringkat kebangsaan dan negeri yang diadakan esok, beliau ingin memberikan satu semangat kepada semua penjawat awam agar terus melakukan kerja-kerja sebaik yang mungkin.
Bekerja dengan baik. Bekerja kuat sahaja tak cukup. "you must work smart." Kita mesti bekerja dengan bijak "work smart" dan itulah hasilnya dan dapat kita lihat kalau kita mempunyai daya inovasi dan kreativiti yang baik di kalangan kita." tegas beliau lagi.
Kreativiti yang baik di kalangan penjawat awam, jabatan-jabatan dan kumpulan-kumpulan kerja ataupun kumpulan-kumpulan kerja yang kecil di jabatan, sekiranya mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang baik, pasti dapat mempertingkatkan prestasi jabatan. Oleh yang demikian, beliau berharap supaya setiap jabatan dapat menubuhkan unit inovasi masing-masing.